ABU: Kita semua adalah ketua (Leaderless Movement) ABU

Oleh: The Yellow Boutique (Malaysia Times)

Wa (baca: gua atau saya) mendapati dari respond sebelum ini, kebanyakan kita masih kurang infomasi. Jadi wa mulakan balik penerangan tentang konsep dan method ABU yang Leaderless Movement adalah satu cara untuk mengatur sebilangan besar individu yang berjuang menentang musuh, biasanya kerajaan yang terlampau lama berkuasa.wa ingin cadangkan.

Leaderless Movement diorganisasikan oleh individu bebas atau kumpulan kecil yang dipanggil sel-sel. Satu kumpulan tertentu mungkin mempunyai seorang pemimpin di dalamnya, tetapi tidak ada pemimpin yang mengarahkan lebih daripada satu kumpulan.

Organisasi konvensional, seperti kebanyakan tentera, kerajaan, parti-parti politik, dan syarikat-syarikat, mempunyai struktur yang sangat berbeza. Ia adalah struktur hierarki. Dalam organisasi konvensional, orang-orang yang melakukan kebanyakan kerja selalunya adalah orang yang berada di bawah hierarki. Pembiayaan dan arahan datang dari beberapa orang pemimpin yang berada di atas. Kerana arahan berpusat dan kawalan, organisasi konvensional boleh dimanipulasi, atau dimusnahkan, dengan hanya mempengaruhi, mengawal atau memusnahkan pemimpin di atas

Tetapi dalam Leaderless Movement, kumpulan-kumpulan ini dibiayai, dilatih oleh mereka sendiri, dan mereka membuat keputusan untuk diri mereka sendiri bagaimana untuk membuat [keputusan] penentangan (consensus). Keputusan mereka berdasarkan matlamat penentangan mereka yang difahami dengan baik, dan apa jua maklumat risikan yang dikumpul.

Leaderless Movement bukan pergerakan rahsia

Jika ia melakukan perkara-perkara yang tidak popular, seperti terrorism, ia perlu merahsiakan pertubuhannya. Tetapi jika ia melakukan perkara yang popular, seperti menentang kerajaan yang menindas, maka ia tidak perlu berahsia, dan boleh mendapat pertambahan ahli dan menjadi lebih kuat dengan bertindak secara terbuka.

Revolusi Amerika sebagai “Leaderless Movement

Leaderless Movement tidak semestinya strategi terakhir. Sebagai contoh, perjuangan penjajah menentang British semasa era revolusi Amerika mengandungi komponen Leaderless Movement dari awal. Sebagai contoh ketika ia bermula, gerakan revolusi Amerika memiliki dua jenis pergerakan contohnya:-

Committees of Correspondence” – mengumpul dan mengedarkan maklumat risikan melalui surat kepada kumpulan-kumpulan lain dalam pergerakan. Maklumat risikan ini terdiri daripada maklumat tentang aktiviti British, termasuk undang-undang yang diluluskan di England yang memberi kesan kepada negara-negara jajahan, dan idea-idea dan berita tentang aktiviti-aktiviti pergerakan.

Sons of Liberty” – telah menggunakan maklumat ini untuk merancang dan melaksanakan tindakan-tindakan penentangan, termasuk protes dan sabotaj. Satu contoh yang terkenal ini adalah Parti Teh Boston.

Penentangan revolusi amerika meningkat dari segi saiz dan kekuatan. Akhirnya ia cukup kuat untuk menyokong komponen hierarki konvensional, termasuk tentera dengan General George Washington sebagai pemimpin.

Kelebihan “Leaderless Movement”

Ini adalah kerana:

Sesuatu organisasi konvensional boleh dikawal dengan mengawal beberapa orang sahaja pemimpin bahagian atas yang berkuasa memberi arahan dan mengagihkan pembiayaan.Kaedah pembunuhan, rasuah, pengugutan, dan lain-lain kaedah kawalan, boleh diaplikasikan kepada beberapa orang penting dalam organisasi konvensional lalu merasakan organisasi dari dalam.

Tetapi dalam Leaderless Movement, kumpulan-kumpulan individu dibiayai sendiri, terlatih sendiri, dan mereka membuat keputusan untuk diri mereka sendiri bagaimana untuk membantu penentangan. Jadi, menghentikan “Leaderless Movement” bermakna menghentikan kebanyakan individu atau kumpulan yang boleh jadi sangat besar jumlahnya.

Kelemahan “Leaderless Movement”

Leaderless Movement” mempunyai kelemahan. Yang utama ialah komunikasi. Ahli-ahli “Leaderless Movement” perlu untuk menyampaikan maklumat mengenai aktiviti-aktiviti mereka dan aktiviti-aktiviti musuh dengan berkesan . Mereka perlu berkomunikasi antara satu sama lain dan orang ramai yang berpotensi untuk menyertai penentangan. “Leaderless Movement” modern boleh melakukan ini dengan laman web Internet, e-mel, telefon, surat pos, dan liputan oleh media berita. Namun ini tetap boleh dipatahkan dengan mudah oleh pihak berkuasa.

“No Mercy For Corruptor”

Anonymous ABU

Sumber: Malaysia Times