Ugutan di Twitter: Cubaan Umno gagalkan ceramah #AsalkanBukanUmno

Wajah Sebenar Umno: Ugut melalui akaun twitternya @razlanrafii

Dipetik dari: Edyesdotcom 
(Tajuk asal: GEMPAR!! Ugutan Oleh Ketua Pemuda Umno Bahagian Untuk Halang Ceramah ABU Esok(9Mac) di Wangsa Maju) 
 –

Ugutan Terbuka: Kata-kata amaran dengan maksud mengancam keselamatan

Seorang ketua pemuda Umno bahagian merangkap Timbalan Pengerusi Unit Media Baru (UMB) telah membuat satu ugutan terbuka terhadap Chegubard. Ia berikutan ceramah A.B.U yang akan disampaikan oleh Chegubard pada 9 Mac ini di sebuah lokasi pertindihan tiga parlimen iaitu kawasan Sri Rampai. Parlimen yang terlibat ialah Setiawangsa, Titiwangsa dan Wangsa Maju. 

Mohd Razlan adalah Timbalan Pengerusi Unit Media Baru (UMB), Pemuda Umno

Ugutan Razlan berbunyi “Jangan salahkan Umno kalau tak balik Rembau”, berbunyi seolah satu ugutan pukul/culik/bunuh sekiranya Chegubard meneruskan ceramah pada 9 Mac nanti. Ugutan ini juga merupakan satu usaha untuk menghalang Chegubard menyampaikan ceramah yang mendedahkan hubungan dagang Malaysia-Israel termasuklah pendedahan perniagaan minyak sawit secara terus ke Israel.
 

Mohd Razlan: Ketua Pemuda Umno Bahagian Seputeh

Umno cuba mengepung maklumat dan kebenaran daripada sampai terus kepada rakyat. Pendekatan samseng berbentuk ugutan digunakan dan ia bukan dihambur oleh ahli biasa tetapi seorang ketua pemuda Umno yang juga memegang jawatan utama sebuah badan yang direstu oleh Umno sendiri iaitu Unit Media Baru. Jelas menunjukkan Umno panik dan terpaksa menggunakan pelbagai kekerasan dengan matlamat pihak polis menghentikan majlis penerangan yang berlangsung.

Walaupun diugut sedemikian rupa, saya yakin Chegubard dan penceramah lain akan tetap hadir di tapak ceramah yang bertempat di rumah yang berdepan dengan sebuah padang. Sila rujuk poster di bawah untuk mengetahui lokasi ceramah;
Click on the image (below) for the best resolution

Click on the image to get the larger version

P/S: Jika mampu, sempat dan mahu anda juga mungkin boleh membantu dengan mencetak flyers/banner program ini untuk diedar di kawasan anda, amatlah dialu-alukan serta sangat dihargai.