Rais dijemput bersama rakyat pakai baju kuning ke Dataran Merdeka

English Version

Awal petang tadi, Malaysiakini melaporkan bahawa menteri Penerangan, Komunikasi, Informasi dan Kebudayaan Rais Yatim mengeluarkan kenyataan bahawa tiada halangan bagi orang awam berpakaian kuning ketika menyertai sambutan Hari Merdeka ke-55 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Pihak polis sebaliknya melalui beberapa kenyataan mereka nampaknya bertentangan dengan sikap menteri tersebut.

Gabungan Janji telah mengeluarkan kenyataan balas berupa suatu penegasan sikap dan pendirian kita.

KENYATAAN MEDIA GABUNGAN JANJI
29 OGOS 2012

Gabungan Janji telah membaca kenyataan Menteri Kebudayaan dan Komunikasi Dato Sri Utama Rais Yatim tentang jemputan beliau ke Ambang Merdeka di Dataran Merdeka.

Pada hemat kami kenyataan Rais mewakili Kabinet dan Kerajaan, Gabungan Janji mengalu-alukan kenyataan tersebut.

Gabungan Janji bagi pihak rakyat menjemput Rais untuk bersama-sama rakyat ke Dataran Merdeka dengan memakai baju kuning.

Walau bagaimanapun, Gabungan Janji gagal memahami kenapa Ketua Polis Negara dan OCPD Dang Wangi menganggap Gabungan Janji telah melanggar Akta Perhimpunan Aman.

Kita yakin warga Malaysia berhak untuk berhimpun di ambang merdeka untuk merayakan merdeka tanpa memerlukan permit.

Justeru Gabungan Janji menjemput semua warga Malaysia untuk bersama sama ke ambang merdeka di Dataran Merdeka.

Kami menyeru semua yang datang agar memakai baju kuning untuk mengingatkan kerajaan tentang janji janji yang masih belum ditunaikan

Perincian program adalah seperti berikut:
Tarikh: 30 Ogos 2012
Masa: 11 p.m. [Tertakluk kepada perubahan]
Tempat: Dataran Merdeka.

Kami tidak akan mengganggu ambang merdeka dan perayaan hari merdeka tetapi bersama-sama rakyat Malaysia merayakan kemerdekaan.

Gabungan Janji menekankan kepada sesiapa yang bersama kami di ambang merdeka :

• Memakai kuning – Baju kurung, baju melayu, tudung
• Tidak dibenarkan membawa sepanduk plekad atau slogan
• Tidak dibenarkan melaungkan slogan atau ceramah politik
• Sila bawa makanan untuk menjadikan acara lebih santai

Gabungan Janji menekankan kehadiran kami di Dataran Merdeka adalah untuk menunjukkan komitmen kami terhadap demokrasi dan perayaan kemerdekaan.

Untuk maklumat rasmi, sila layari Facebook@Janji Demokrasi [Official Event]

Gabungan JANJI

Dipersetujui:
1. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
2. Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK)
3. Kebajikan Rangkaian Veteran dan Bekas Angkatan Tentera – Army
Veteran (KERABAT)
4. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
5. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
6. EMPOWER
7. Memacu Arus Perjuangan (MAP)
8. Malaysian Civil Liberty Movement (MCLM)
9. Jingga 13
10. Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
11. Gabungan Mahasiswa Islam seMalaysia (GAMIS)
12. Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independent (KAMI)
13. Pro-Mahasiswa Nasional
Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI)
14. Asalkan Bukan Umno (ABU)
15. Pertubuhan Kemajuan dan Kebajikan Rakyat Selangor (Pro-Rakyat)
16. KILL THE BILL
17. WARGA AMAN
18. SEED
19. Malaysian Youth and Democratic Movement (DEMA)
20. Angkatan Rakyat Muda (ARM)
21. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
22. HIMPUNAN HIJAU
STOP LYNAS COALITION (SLC)
23. Radio Bangsar Utama (RABU)
24. UBU – Universiti Bangsar Utama
25. Unit Ehsan Malaysia
26. Alumnus Sekolah Politik (ASP)
27. Agent of Change (AoC)
28. Akademi Pak Sako (APS)
29. Selamatkan Teluk Rubiah
30. Revolusi Anak Muda Malaysia (RAMM)
31. Gagasan Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT)
32. Pertubuhan Kebajikan Rakyat Perlis (PKR Perlis)
33. Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)
34. Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur / Selangor (KLSCAH)
35. Kumpulan Aktivis Media Independent (KAMI)
36. Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Kelantan (GEGAR)
37. Solidariti Anak Bachok Daratkan Minyak (CABAR)
38. Majlis Permuafakatan Kampung Warisan KL/Selangor (MUAFAKAT)
39. Kumpulan AL-FATEH Rompin
40. Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan
Gas Ke Kelantan (ROYALTI)
41. Suara Makkal
42. Persatuan Progresif India Malaysia (MIPAS)
43. Malaysian Youth Care Association (PERHATIN)
44. Peoples’ Welfare and Rights Coalition (POWER)
45. Malaysian Indians Transformation Action Team (MITRA)
46. Angkatan Nasional India Malaysia (AGNI)
47. Jaringan Sepadu Rakyat Malaysia (SEPADU)

English Version